Press

Thursday, February 2, 2017

Italy - Venice

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Perjalanan kami seterusnya ke Kota Venice iaitu sebuah bandar di utara Italy. Venice terdiri daripada 117 buah pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 terusan. Penduduk di sini menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan, terdapat banyak jambatan-jambatan kecil di sekitar pulau ini. Pengangkutan air seperti waterbus, water taxi dan gondola merupakan pengangkutan utama di sini selain daripada pengangkutan air terdapat juga pengangkutan darat yang lain.

Kami check out dari apartment seawal  8.30 pagi untuk ke station Firence Santa Maria Novella, keretapi ke Venezia S. Lucia dijadualkan akan bergerak pada pukul 10.15 pagi dan perjalanan mengambil masa selama 2 jam 5 minit.  Hotel yang kami tempah tidak jauh dari station hanya 5 minit sahaja dengan berjalan kaki.

Selepas check in hotel dan solat jamak, kami hanya bersiar-siar di sekitar hotel sambil mencari restoran halal. Anak-anak pun dah merungut lapar, gigih kami mencari restoran halal dan akhirnya kami terjumpa satu restoran pakistan kalau tak silap saya, restoran ini menyediakan nasi dan pelbagai jenis lauk pauk. Lapar sangat lupa nak ambil gambar makanan pakistan ni...nasi yang disediakan secara set iaitu nasi, lauk dan sayur, bagi saya menu di sini boleh tahan rasanya sedap dan sesuai dengan tekak kita orang asia ni. Alhamdulillah perut pun dah berisi masa untuk menjamu mata pulak. Suasana waktu malam di sini meriah, terdapat banyak kedai-kedai dan gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan dari barangan kulit sampai lah souvenir dengan harga yang murah. Esok kami akan meneroka tempat yang lebih jauh lagi dengan menaiki waterbus.

Hari kedua di Venice merupakan hari yang dinanti-nantikan, pada mulanya kami ingin bersiar-siar hanya dengan berjalan kaki sahaja, memandangkan tempat yang kami nak pergi tu jauh lagi kami mengambil keputusan untuk menaiki water bus. Tiket untuk menaiki waterbus dan water taxi boleh dibeli di kaunter-kaunter yang terdapat dihadapan train station Venice S. Lucia. Kami memilih untuk menaiki waterbus sahaja memandangkan tiket bagi waterbus lebih murah, kami membeli one day ticket  waterbus dengan harga 20 euro seorang. 

Jeti yang terletak betul-betul di hadapan station Venezia S. Lucia.


Waterbus

Water taxi


Jika ingin menyusuri terusan-terusan kecil eloklah naik gondola ni...harganya agak mahal juga..harga yang ditawarkan kepada kami sebanyak 80 euro untuk satu gondola yang boleh memuatkan seramai 6 orang dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Rasa macam sekejap jer... macam tak berbaloi pulak dengan harganya. Bak kata orang, kalau dah sampai Venice ni tak naik gondola tak sah kan..naik jugaklah.

Selepas saya meguruskan anak-anak yang nak melepaskan hajat di toilet. Sebelum tu, kalau di sana nak cari toilet, cari perkataan 'WC' ok.. toilet ni tersorok sikit, terletak di bawah jambatan, jangan risau toilet di sini bersih cuma bawa botol air siap-siap sebab di dalam toilet tidak ada paip air, cuma ada di sinki luar sahaja. Air jangan menitik ke lantai kalau tak nak dengar kakak yang menjaga toilet tu membebel.

Kita sambung...suami saya memanggil saya untuk naik gondola katanya saudara yang bawa gondola tu bagi harga 8 euro untuk satu gondola. Ye ke? emmm...suami saya ni kalau bab tawar menawar memang bagus...tapi harga tu macam tak masuk akal pulak..tak kan murah sangat kan...tak pe lah mungkin hari ni hari bertuah kami agaknya. Kami pun di bawa meronda-ronda di celah-celah bangunan yang mempunyai nilai sejarahnya tersendiri. Bila dah habis waktu meronda tu, saya pun tanya berapa harganya..saudara tu jawab 80 euro...dah agak dah...mesti suami tersilap dengar ni...hihi... apa-apa pun enjoy naik gondola ni, bila lagi kan... di Malaysia tak jumpa gondola ni pun..adik beradik gondola adalah (sampan).


Tempat untuk membuat gondola.



Antara terusan-terusan yang terdapat di kepulauan Venice ni...



Piazza San Marco merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong.


Merpati di sini jinak-jinak belaka...


Sejuk-sejuk ni perut sentiasa lapar, kami singgah di sebuah restoran yang boleh menyediakan menu halal untuk kami.  Harga di restoran ni sebenarnya agak mahal, ada restoran lain yang menyediakan menu halal dengan harga yang lebih murah. Selepas makan kami meneruskan perjalanan dengan menyusuri lorong-lorong dicelah-celah bangunan kemudian terjumpa pula restoran yang menawarkan harga lebih murah, mungkin rezeki kami di sini agaknya...hihi...redho jer lah...antara menu yang kami pilih....

 Pasta seafood

Fettuccine carbonara 

Ikan kukus dengan chips...mcm pelik nama ni...lebih kurang gitu lerr

Pizza margherita

Ramai juga artis-artis yang menjual hasil lukisan mereka.

Banyak stall menjual souvenir di sini

Kami stay di sini tidak lama cuma 2 malam sahaja, esok kami akan meneruskan perjalanan kami ke Luzern Switzerland pula..





Thursday, January 12, 2017

Italy - Cinque Terre

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Trip kami pada hari ini dijangka mengambil masa satu hari. Pagi ni saya menyediakan nasi lemak sebagai alas perut kami sekeluarga sebelum berangkat ke Cinque Terre.  Apa yang menariknya di Cinqu Terre? jom kita teroka...

Cinque Terre merupakan kawasan perkampungan nelayan yang terletak di persisiran pantai Italian Riviera dan berada di dalam wilayah Liguria Itali, disebelah barat La Spezia. Cinque Terre bermaksud 'Five Land' atau lima daratan yang terdiri daripada lima perkampungan yang unik iaitu Monterosso al Mare, Vernazza, Corniglia, Manorala dan Riomaggiore. Kini Cinque Terre merupakan kawasan perlancongan yang amat popular dan diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1997.


Selepas sarapan pagi kami ke station Firenze Santa Maria Novella untuk membeli tiket ke La Spezia. Harga tiket bagi dewasa dari Florence ke Pisa 15 euro manakala dari Pisa ke La Spezia 8.40 euro seorang sehala. Sebelum naik keretapi tiket mesti validate dulu yer, mesen validate terletak ditiang-tiang platform.

Validate tiket di sini

Perjalanan dari Florence ke La Spezia lebih kurang 2 jam. Kemudian kena tukar keretapi untuk ke Cinque Terre. Kami ke Cinque Terre Information Centre yang terletak di station La Spezia untuk membeli one day ticket ke Cinque Terre yang berharga 12 Euro seorang (dewasa). Selesai sahaja pembelian tiket kami terus naik keretapi, kebetulan keretapi memang dah sedia ada di platform. Kami mengambil keputusan untuk ke kampung yang paling jauh dahulu iaitu Monterosso.

MONTEROSSO

Monterosso merupakan perkampungan yang paling hujung di dalam wilayah Cinque Terre. Kampung ini terbahagi kepada dua bahagian yang berbeza iaitu bandar lama dan bandar baru. Subhanallah cantik view di sini...kami bersiar-siar disekitar kawasan persisiran pantai...musim sejuk ni banyak bot-bot nelayan tersadai ditepi-tepi pantai. Suhu di sini kurang sikit sejuk jika dibandingkan  dengan Florence, mungkin kerana perkampungan ini terletak ditepi laut agaknya.




Dalam keretapi 







VERNAZZA

Setelah sejam lebih kami bersiar-siar di Monterosso kami menaiki keretapi untuk ke kampung yang seterusnya iaitu Vernazza. Nama Vernazza berasal dari perkataan latin yang bermaksud 'penduduk tempatan'. Untuk sampai ke tepi laut kami harus melalui lorong-lorong yang berada dicelah-celah bangunan. Setiap lorong yang kami lalui terdapat banyak kedai-kedai menjual souvenir, restoran dan sebagainya.




Selain daripada menangkap ikan penduduk di sini mengusahakan  tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan di lereng-lereng bukit. Anggur di sini segar dan rangup, rasa pun lain sikit daripada yang biasa kita makan...pendapat saya la.


Lorong di celah-celah bangunan ni nampak bersih dan merupakan laluan untuk ke pantai.


MANORALA

Selepas bersiar-siar di Vernazza kami menuju ke kampung yang seterusnya iaitu Manorala. Di sebabkan kesuntukan masa kami terpaksa skip Corniglia. Keretapi akan tiba tepat pada waktunya, jadi kena perhatikan betul-betul jadual keretapi agar tidak terlepas...nak tunggu keretapi yang seterusnya lebih kurang sejam baru sampai. Bila dah sampai sini pandai-pandailah menguruskan masa. Nak pusing satu kampung ni bagi saya satu jam dah memadai, lain lah kalau nak explore lebih tempat ni atau nak hiking, memang kena stay lama di sini.




Rumah-rumah yang berwarna-warni di tebing bukit.

RIOMAGGIORE

Riomaggiore  merupakan kampung terakhir yang kami lawati sebelum kami pulang semula ke Florence. Apa yang unik di Cinque Terre ini adalah rumah-rumah yang berwarna-warni dibina di atas tebing bukit dan di tepi laut, pemandangan di sini amat cantik dengan keindahan laut dan gunung-ganang memukau penglihatan kami...subhanallah...Selain daripada itu perahu di sini juga berwarna-warni mungkin ini adalah salah satu ciri tarikan pelancong diperkampungan ini. Kami tidak boleh lama di sini kerana perjalanan ke Florence mengambil masa lagi dua jam. Untuk ke Florence kami dikehendaki menukar keretapi di La Spezia dahulu.  




 Di gerai ini lah kami membeli anggur yang rangup tu...




LA SPEZIA

Keretapi untuk ke Florence akan sampai lagi satu jam, jadi kami menggunakan masa yang ada untuk bersiar-siar di sekitar station di bandar La Spezia ni.


La Spezia menjelang malam... 

Pokok-pokok limau di tanam di sepanjang jalan.

Di sini saya kongsikan secara ringkas perjalanan kami ke Cinque Terre.

- Beli tiket return (pergi dan balik) di Firenze Santa Maria Novella (Florence) untuk ke La Spezia.
- Di station La Spezia kami ke Cinque Terre Information Centre untuk membeli one day ticket
  untuk ke lima-lima perkampungan di Cinque Terre beserta jadual perjalanan keretapi.
- Tiket ini membolehkan kita untuk naik keretapi seberapa kerap pun dalam tempoh satu hari.


Sampai di sini sahaja trip ke Cinque Terre, bersambung cerita di Venice pula.....

Saturday, January 7, 2017

Italy - Florence

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Perjalanan dari Roma Termini (Rome) ke Firenze Santa Maria Novella (Florence) mengambil masa 1 jam lebih dengan menaiki train intercity (Trenitalia). Kami check out dari Hotel seawal 8.30 pagi, train yang kami naiki akan memulakan perjalanan pada pukul 9.20 pagi dan sampai ke Florence pada pukul 10.51 pagi. Suhu di Florence lebih sejuk daripada Rome sekitar 14°C - 5°C.

Beli simcard dulu di Roma Termini sebelum bergerak ke Florence




View sepanjang perjalanan sejuk dan berkabus


Sedikit tentang Florence:
Florence merupakan ibu kota bagi wilayah Florence dan daerah Tuscany di Itali. Bandar ini terletak di Sungai Arno. Ia juga merupakan sebuah pusat perdagangan dan kewangan zaman pertengahan Eropah dan juga dianggap sebagai tempat kelahiran Renaissance sejak abad ke 14 hingga 16. Selain daripada itu bandar ini juga dikenali sebagai bandar kebangkitan seni budaya Itali. Kebanyakkan tokoh-tokoh besar berasal dari sini seperti Giotto, Luca della Robbia, Botticelli, Verrocchio, Fra Angelico, Leornardo da Vinci dan Michelangelo. Kini Florence terus menarik minat jutaan pelancong setiap tahun dan diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1982.

Di Florence kami menyewa apartment, tak jauh pun dari train station hanya mengambil masa 10 minit berjalan kaki. Kesemua Hotel dan apartment yang kami sewa untuk trip kali ni kami memilih lokasi yang berdekatan dengan train station disebabkan train adalah pengangkutan utama sepanjang trip ni dan mudah untuk kami bergerak ke lokasi yang seterusnya. Dengan sedikit maklumat yang diperolehi dari mr. google, alhamdulillah kami sampai ke apartment yang telah kami sewa melalui website Booking.com.

Kami tidak berurusan dengan pemilik apartment ni, kami cuma berurusan dengan orang tengah sahaja. Mungkin di sini segala urusan hanya diserahkan kepada orang tengah kut..itu pendapat saya lah...sebab di Rome pun sama juga. Semasa kami sampai, apartment ni masih dalam keadaan belum dikemas lagi, jadi kami diminta untuk keluar sementara dan kembali dalam masa 2 jam lagi.


Apartment yang cukup selesa

Kami tinggal kan luggage di apartment, plan asal kami ingin ke Pisa. Perjalanan ke Pisa dari Florence mengambil masa 1 jam dengan menaiki train. Nasib tidak menyebelahi kami kerana jadual train ke Pisa dibatalkan kerana staff di situ mengadakan mogok pula pada hari itu. Kami terpaksa tukar plan dengan hanya meneroka bandar Florence sahaja. Pada musim sejuk siang agak pendek, kami bercadang untuk membeli tiket bas City Sightseeing Firenze sahaja. Tiket boleh dibeli secara online atau boleh didapati di kedai-kedai buku dan majalah sekitar bandar Florence. Kalau diikutkan banyak tempat-tempat menarik di Florence ni, disebabkan kesuntukan masa kami hanya turun di Michelangelo dan menikmati makan tengahari kami, kebab yang telah dibungkus sebelum menaiki bas.

 







Makan kebab sambil menikmati pemandangan yang indah ini...




Hari yang ketiga pula kami akan ke Cinque Terre...