Perjalanan kami seterusnya ke Kota Venice iaitu sebuah bandar di utara Italy. Venice terdiri daripada 117 buah pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 terusan. Penduduk di sini menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan, terdapat banyak jambatan-jambatan kecil di sekitar pulau ini. Pengangkutan air seperti waterbus, water taxi dan gondola merupakan pengangkutan utama di sini selain daripada pengangkutan air terdapat juga pengangkutan darat yang lain.
Kami check out dari apartment seawal 8.30 pagi untuk ke station Firence Santa Maria Novella, keretapi ke Venezia S. Lucia dijadualkan akan bergerak pada pukul 10.15 pagi dan perjalanan mengambil masa selama 2 jam 5 minit. Hotel yang kami tempah tidak jauh dari station hanya 5 minit sahaja dengan berjalan kaki.
Selepas check in hotel dan solat jamak, kami hanya bersiar-siar di sekitar hotel sambil mencari restoran halal. Anak-anak pun dah merungut lapar, gigih kami mencari restoran halal dan akhirnya kami terjumpa satu restoran pakistan kalau tak silap saya, restoran ini menyediakan nasi dan pelbagai jenis lauk pauk. Lapar sangat lupa nak ambil gambar makanan pakistan ni...nasi yang disediakan secara set iaitu nasi, lauk dan sayur, bagi saya menu di sini boleh tahan rasanya sedap dan sesuai dengan tekak kita orang asia ni. Alhamdulillah perut pun dah berisi masa untuk menjamu mata pulak. Suasana waktu malam di sini meriah, terdapat banyak kedai-kedai dan gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan dari barangan kulit sampai lah souvenir dengan harga yang murah. Esok kami akan meneroka tempat yang lebih jauh lagi dengan menaiki waterbus.

Hari kedua di Venice merupakan hari yang dinanti-nantikan, pada mulanya kami ingin bersiar-siar hanya dengan berjalan kaki sahaja, memandangkan tempat yang kami nak pergi tu jauh lagi kami mengambil keputusan untuk menaiki water bus. Tiket untuk menaiki waterbus dan water taxi boleh dibeli di kaunter-kaunter yang terdapat dihadapan train station Venice S. Lucia. Kami memilih untuk menaiki waterbus sahaja memandangkan tiket bagi waterbus lebih murah, kami membeli one day ticket waterbus dengan harga 20 euro seorang.
Jeti yang terletak betul-betul di hadapan station Venezia S. Lucia.
Jika ingin menyusuri terusan-terusan kecil eloklah naik gondola ni...harganya agak mahal juga..harga yang ditawarkan kepada kami sebanyak 80 euro untuk satu gondola yang boleh memuatkan seramai 6 orang dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Rasa macam sekejap jer... macam tak berbaloi pulak dengan harganya. Bak kata orang, kalau dah sampai Venice ni tak naik gondola tak sah kan..naik jugaklah.
Selepas saya meguruskan anak-anak yang nak melepaskan hajat di toilet. Sebelum tu, kalau di sana nak cari toilet, cari perkataan 'WC' ok.. toilet ni tersorok sikit, terletak di bawah jambatan, jangan risau toilet di sini bersih cuma bawa botol air siap-siap sebab di dalam toilet tidak ada paip air, cuma ada di sinki luar sahaja. Air jangan menitik ke lantai kalau tak nak dengar kakak yang menjaga toilet tu membebel.
Kita sambung...suami saya memanggil saya untuk naik gondola katanya saudara yang bawa gondola tu bagi harga 8 euro untuk satu gondola. Ye ke? emmm...suami saya ni kalau bab tawar menawar memang bagus...tapi harga tu macam tak masuk akal pulak..tak kan murah sangat kan...tak pe lah mungkin hari ni hari bertuah kami agaknya. Kami pun di bawa meronda-ronda di celah-celah bangunan yang mempunyai nilai sejarahnya tersendiri. Bila dah habis waktu meronda tu, saya pun tanya berapa harganya..saudara tu jawab 80 euro...dah agak dah...mesti suami tersilap dengar ni...hihi... apa-apa pun enjoy naik gondola ni, bila lagi kan... di Malaysia tak jumpa gondola ni pun..adik beradik gondola adalah (sampan).
Tempat untuk membuat gondola.
Antara terusan-terusan yang terdapat di kepulauan Venice ni...
Piazza San Marco merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong.
Merpati di sini jinak-jinak belaka...
Sejuk-sejuk ni perut sentiasa lapar, kami singgah di sebuah restoran yang boleh menyediakan menu halal untuk kami. Harga di restoran ni sebenarnya agak mahal, ada restoran lain yang menyediakan menu halal dengan harga yang lebih murah. Selepas makan kami meneruskan perjalanan dengan menyusuri lorong-lorong dicelah-celah bangunan kemudian terjumpa pula restoran yang menawarkan harga lebih murah, mungkin rezeki kami di sini agaknya...hihi...redho jer lah...antara menu yang kami pilih....
Pasta seafood
Fettuccine carbonara
Ikan kukus dengan chips...mcm pelik nama ni...lebih kurang gitu lerr
Pizza margherita
Ramai juga artis-artis yang menjual hasil lukisan mereka.
Kami stay di sini tidak lama cuma 2 malam sahaja, esok kami akan meneruskan perjalanan kami ke Luzern Switzerland pula..
No comments:
Post a Comment