Press

Monday, June 21, 2010

Trip ke Sabah

Entry kali ni tentang trip kami ke sabah (2007), satu kenangan yg tak dapat dilupakan, masa ni excited sgt nak pergi Sabah, kami book awal flight Air asia so dapat harga murah sikit...Abah pun dah book siap2 hotel tempat kami nak menginap...everything ok...cuti pun dah amik ...sampai jer kat LCCT tak lepas masa kat imigresen, surat beranak umair tertinggal pulak...Abah suruh kami dua beranak check in dulu dan pergi dulu nanti tunggu dia dan umair kat KK (Kota Kinabalu airport) sebab nak balik rumah untuk amik surat beranak Umair. Rupa-rupanyer kami pun tak lepas jugak....kesudahannyer terpaksa lah kami dua beranak duduk menangut kat depan pintu LCCT tunggu Abah dan Umair sampai balik kat LCCT. Tak pasal-pasal Abah terpaksa beli tiket masa tu gak...harga nya emmmm paham-paham jer lah..dlm kelam kabut yg tak tentu pasal tu akhirnyer sampai jugak kami ke Kota Kinabalu.....Tiba kat sana....Umaira pulak tak sihat...kena muntah2...tapi perjalanan kami ok tak der masalah..alhamdulillah...

Umaira masa kat LCCT
Kat Jeti tunggu bot nak ke Pulau Manukan



Walaupun Umaira tak sihat tapi di sebabkan nak bergambar tetap boleh senyum...

Di bawah gunung kinabalu...masa ni hujan lebat..


Eeee...geramnyerrrrr...tengok bunga ni...



Suruh Abah beli buah....


Di Hotel


Di Airport utk perjalanan pulang.....

Trip ke Langkawi

Lama betul tak update blog nie...masa ni kami bercuti ke Langkawi (2006) dah lama dah bila klik klik terjumpa lak gambar2 my family dan kakak ipar ku semasa bercuti kesana.....masa tu Umaira (my older daughter) baru 4 tahun, dan umair baru berumur 6 bulan. Malas nak tulis pepanjang sbb dah tak ingat nak cerita apa...layan jerlah gambar ni...