Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Perjalanan dari Roma Termini (Rome) ke Firenze Santa Maria Novella (Florence) mengambil masa 1 jam lebih dengan menaiki train intercity (Trenitalia). Kami check out dari Hotel seawal 8.30 pagi, train yang kami naiki akan memulakan perjalanan pada pukul 9.20 pagi dan sampai ke Florence pada pukul 10.51 pagi. Suhu di Florence lebih sejuk daripada Rome sekitar 14°C - 5°C.
Beli simcard dulu di Roma Termini sebelum bergerak ke Florence
View sepanjang perjalanan sejuk dan berkabus
Sedikit tentang Florence:
Florence merupakan ibu kota bagi wilayah Florence dan daerah Tuscany di Itali. Bandar ini terletak di Sungai Arno. Ia juga merupakan sebuah pusat perdagangan dan kewangan zaman pertengahan Eropah dan juga dianggap sebagai tempat kelahiran Renaissance sejak abad ke 14 hingga 16. Selain daripada itu bandar ini juga dikenali sebagai bandar kebangkitan seni budaya Itali. Kebanyakkan tokoh-tokoh besar berasal dari sini seperti Giotto, Luca della Robbia, Botticelli, Verrocchio, Fra Angelico, Leornardo da Vinci dan Michelangelo. Kini Florence terus menarik minat jutaan pelancong setiap tahun dan diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1982.
Di Florence kami menyewa apartment, tak jauh pun dari train station hanya mengambil masa 10 minit berjalan kaki. Kesemua Hotel dan apartment yang kami sewa untuk trip kali ni kami memilih lokasi yang berdekatan dengan train station disebabkan train adalah pengangkutan utama sepanjang trip ni dan mudah untuk kami bergerak ke lokasi yang seterusnya. Dengan sedikit maklumat yang diperolehi dari mr. google, alhamdulillah kami sampai ke apartment yang telah kami sewa melalui website Booking.com.
Kami tidak berurusan dengan pemilik apartment ni, kami cuma berurusan dengan orang tengah sahaja. Mungkin di sini segala urusan hanya diserahkan kepada orang tengah kut..itu pendapat saya lah...sebab di Rome pun sama juga. Semasa kami sampai, apartment ni masih dalam keadaan belum dikemas lagi, jadi kami diminta untuk keluar sementara dan kembali dalam masa 2 jam lagi.
Apartment yang cukup selesa
Kami tinggal kan luggage di apartment, plan asal kami ingin ke Pisa. Perjalanan ke Pisa dari Florence mengambil masa 1 jam dengan menaiki train. Nasib tidak menyebelahi kami kerana jadual train ke Pisa dibatalkan kerana staff di situ mengadakan mogok pula pada hari itu. Kami terpaksa tukar plan dengan hanya meneroka bandar Florence sahaja. Pada musim sejuk siang agak pendek, kami bercadang untuk membeli tiket bas City Sightseeing Firenze sahaja. Tiket boleh dibeli secara online atau boleh didapati di kedai-kedai buku dan majalah sekitar bandar Florence. Kalau diikutkan banyak tempat-tempat menarik di Florence ni, disebabkan kesuntukan masa kami hanya turun di Michelangelo dan menikmati makan tengahari kami, kebab yang telah dibungkus sebelum menaiki bas.
Makan kebab sambil menikmati pemandangan yang indah ini...
Hari yang ketiga pula kami akan ke Cinque Terre...
No comments:
Post a Comment