Press

Thursday, January 12, 2017

Italy - Cinque Terre

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Trip kami pada hari ini dijangka mengambil masa satu hari. Pagi ni saya menyediakan nasi lemak sebagai alas perut kami sekeluarga sebelum berangkat ke Cinque Terre.  Apa yang menariknya di Cinqu Terre? jom kita teroka...

Cinque Terre merupakan kawasan perkampungan nelayan yang terletak di persisiran pantai Italian Riviera dan berada di dalam wilayah Liguria Itali, disebelah barat La Spezia. Cinque Terre bermaksud 'Five Land' atau lima daratan yang terdiri daripada lima perkampungan yang unik iaitu Monterosso al Mare, Vernazza, Corniglia, Manorala dan Riomaggiore. Kini Cinque Terre merupakan kawasan perlancongan yang amat popular dan diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1997.


Selepas sarapan pagi kami ke station Firenze Santa Maria Novella untuk membeli tiket ke La Spezia. Harga tiket bagi dewasa dari Florence ke Pisa 15 euro manakala dari Pisa ke La Spezia 8.40 euro seorang sehala. Sebelum naik keretapi tiket mesti validate dulu yer, mesen validate terletak ditiang-tiang platform.

Validate tiket di sini

Perjalanan dari Florence ke La Spezia lebih kurang 2 jam. Kemudian kena tukar keretapi untuk ke Cinque Terre. Kami ke Cinque Terre Information Centre yang terletak di station La Spezia untuk membeli one day ticket ke Cinque Terre yang berharga 12 Euro seorang (dewasa). Selesai sahaja pembelian tiket kami terus naik keretapi, kebetulan keretapi memang dah sedia ada di platform. Kami mengambil keputusan untuk ke kampung yang paling jauh dahulu iaitu Monterosso.

MONTEROSSO

Monterosso merupakan perkampungan yang paling hujung di dalam wilayah Cinque Terre. Kampung ini terbahagi kepada dua bahagian yang berbeza iaitu bandar lama dan bandar baru. Subhanallah cantik view di sini...kami bersiar-siar disekitar kawasan persisiran pantai...musim sejuk ni banyak bot-bot nelayan tersadai ditepi-tepi pantai. Suhu di sini kurang sikit sejuk jika dibandingkan  dengan Florence, mungkin kerana perkampungan ini terletak ditepi laut agaknya.




Dalam keretapi 







VERNAZZA

Setelah sejam lebih kami bersiar-siar di Monterosso kami menaiki keretapi untuk ke kampung yang seterusnya iaitu Vernazza. Nama Vernazza berasal dari perkataan latin yang bermaksud 'penduduk tempatan'. Untuk sampai ke tepi laut kami harus melalui lorong-lorong yang berada dicelah-celah bangunan. Setiap lorong yang kami lalui terdapat banyak kedai-kedai menjual souvenir, restoran dan sebagainya.




Selain daripada menangkap ikan penduduk di sini mengusahakan  tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan di lereng-lereng bukit. Anggur di sini segar dan rangup, rasa pun lain sikit daripada yang biasa kita makan...pendapat saya la.


Lorong di celah-celah bangunan ni nampak bersih dan merupakan laluan untuk ke pantai.


MANORALA

Selepas bersiar-siar di Vernazza kami menuju ke kampung yang seterusnya iaitu Manorala. Di sebabkan kesuntukan masa kami terpaksa skip Corniglia. Keretapi akan tiba tepat pada waktunya, jadi kena perhatikan betul-betul jadual keretapi agar tidak terlepas...nak tunggu keretapi yang seterusnya lebih kurang sejam baru sampai. Bila dah sampai sini pandai-pandailah menguruskan masa. Nak pusing satu kampung ni bagi saya satu jam dah memadai, lain lah kalau nak explore lebih tempat ni atau nak hiking, memang kena stay lama di sini.




Rumah-rumah yang berwarna-warni di tebing bukit.

RIOMAGGIORE

Riomaggiore  merupakan kampung terakhir yang kami lawati sebelum kami pulang semula ke Florence. Apa yang unik di Cinque Terre ini adalah rumah-rumah yang berwarna-warni dibina di atas tebing bukit dan di tepi laut, pemandangan di sini amat cantik dengan keindahan laut dan gunung-ganang memukau penglihatan kami...subhanallah...Selain daripada itu perahu di sini juga berwarna-warni mungkin ini adalah salah satu ciri tarikan pelancong diperkampungan ini. Kami tidak boleh lama di sini kerana perjalanan ke Florence mengambil masa lagi dua jam. Untuk ke Florence kami dikehendaki menukar keretapi di La Spezia dahulu.  




 Di gerai ini lah kami membeli anggur yang rangup tu...




LA SPEZIA

Keretapi untuk ke Florence akan sampai lagi satu jam, jadi kami menggunakan masa yang ada untuk bersiar-siar di sekitar station di bandar La Spezia ni.


La Spezia menjelang malam... 

Pokok-pokok limau di tanam di sepanjang jalan.

Di sini saya kongsikan secara ringkas perjalanan kami ke Cinque Terre.

- Beli tiket return (pergi dan balik) di Firenze Santa Maria Novella (Florence) untuk ke La Spezia.
- Di station La Spezia kami ke Cinque Terre Information Centre untuk membeli one day ticket
  untuk ke lima-lima perkampungan di Cinque Terre beserta jadual perjalanan keretapi.
- Tiket ini membolehkan kita untuk naik keretapi seberapa kerap pun dalam tempoh satu hari.


Sampai di sini sahaja trip ke Cinque Terre, bersambung cerita di Venice pula.....

No comments:

Post a Comment