Press

Monday, September 25, 2017

Switzerland - Luzern, Mount Rigi

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Selepas sarapan pagi kami hanya menghabiskan masa dengan bersiar-siar di sekitar hotel, memandangkan keretapi ke Luzern akan berlepas agak lewat sedikit.

Perjalan kami seterusnya ke Luzern (Switzerland). Kami check out pada pukul 10.30 pagi, jadual perjalanan seperti berikut:

Venice S. Lucia (11.50 pagi)  - Milano Centrale  (2.25 petang)
Milano Centrale (3.10 petang) - Luzern (7.13 malam)

Keretapi yang kami naiki dari Milano Centrale ke Luzern sunyi tak ramai orang.

Alhamdulillah kami selamat sampai ke Luzern, perjalanan dari Venice ke Luzern memakan masa 7 jam, kami tiba di Luzern hari pun dah gelap. Jarak perjalanan yang jauh ditambah dengan cuaca yang sejuk, perut memang sentiasa lapar, sebelum berangkat saya menyediakan nasi dan kari ayam adabi (dalam tin) sebagai bekalan dalam keretapi.

Sebelum kami bergerak ke hotel suami sempat membeli makanan di station untuk kami makan di hotel nanti sementara itu saya dan anak-anak menunggu diperkarangan pintu masuk station. Suhu di sini amat-amat sejuk lebih kurang 0 darjah, kaki pun dah mula rasa kebas. Di station ini  ada disediakan bilik yang tertutup, bolehlah kurangkan sikit rasa sejuk. Kami tak masuk pun bilik tu sebab dah penuh, kami cuma berdiri di luar sahaja.

Kami stay di Ibis budget Hotel dengan jarak perjalanan lebih kurang 1 km dari train station. Hotel-hotel di sini memang mahal...ada je hotel yang lebih dekat dengan station tapi harga faham-faham jelah. Hanya satu malam sahaja kami di sini, esok kami akan menuju ke Grindelwald, iaitu kawasan perkampungan yang terletak berdekatan dengan banjaran Alps.....pemandangan di sana usah cakap lah cantik sangat...subhanallah, kami menyewa homestay di sana selama 3 malam. Malam ni kami tak kemana-mana hanya berehat dibilik sahaja dan menyimpan tenaga untuk meneruskan perjalanan keesokan harinya.

Hari ke 2 (Luzern)

Pagi-pagi lagi kami check out dari hotel dan menuju ke Luzern Bahnhof (station keretapi) bagi membeli Swiss Travel Pass untuk 4 hari yang berharga CHF 251.00 seorang (dewasa). Manakala untuk kanak-kanak yang berumur 6 hingga 15 tahun, travel bersama salah seorang ibu atau ayah adalah percuma. Kos transportation di sini memang mahal, setelah di timbang sana sini kami membuat keputusan untuk membeli sahaja pass ni. Tak payah terkial-kial nak keluarkan duit untuk membeli tiket. Swiss Travel Pass ni boleh dibeli di SBB CFF FFS yang terletak di tingkat paling atas di station keretapi Luzern.

Kelebihan Swiss Travel Pass ni, setiap kali nak naik keretapi tak payah beli tiket hanya tunjuk Swiss Travel Pass ni jer. Harga termasuk pengangkutan, 500 muzium, Mount Rigi (kalau nak naik gunung yang lain-lain boleh dapat diskaun) dan kanak-kanak bersama parent adalah percuma. Pastikan guna sepenuhnya pass ni kalau tak rugi. Boleh refer sini Swiss Travel Pass

Disebabkan Mount Rigi termasuk sekali dalam Swiss Travel Pass, kami mengambil keputusan untuk ke Mount Rigi. Oh ya...bagi memudahkan perjalanan kami. Kami mengambil keputusan untuk meninggalkan segala beg-beg yang ada di dalam locker yang disediakan di station keretapi. Disebabkan beg kami banyak kami menyewa locker yang paling besar dengan bayaran CHF9.00 untuk satu locker. Baca arahan yang ditampal di pintu-pintu locker dulu sebelum membuat bayaran tau. Untuk ke Mount Rigi kami mengambil keputusan menaiki Boat cruise dari jeti Luzern ke jeti Vitznau, perjalanan mengambil masa selama 1jam. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang begitu cantik...subhanallah.


 Tasik Luzern di awal pagi sejuk dan berkabus

View yang memukau sepajang perjalanan ke Mount Rigi

Di luar tu memang sejuk sangat...
kalau tak nak beku duduk lama-lama di luar boleh duduk dibahagian dalam boat cruise. 

Alhamdulillah dah sampai.
Untuk ke puncak Mount Rigi kami menaiki cogwheel train dari jeti Vitznau


Subhanallah...pemandangan yang sungguh memukau pandangan kami...

 Anak-anak sibuk bermain

Main salji pulak 

 Menikmati pemandangan yang sungguh menakjubkan...subhanallah 



View dari sudut lain pulak...subhanallah...cantik sangat..

Laluan tracking....kami tak punya masa tengok je lah

Jeti Vitznau 

Station Cogwheel train ni betul-betul berada di hadapan jeti Vitznau

Perjalanan dari Jeti Vitznau ke Jeti Luzern




Mercu tanda bandar Luzern

Alhamdulillah kami selamat sampai di Jeti Luzern. Kami terus ke train station untuk mengambil beg-beg yang kami tinggalkan di locker tadi  kemudian kami meneruskan perjalanan ke Grindelwald dengan menaiki keretapi. Bersambung cerita kami di Grindelwald nanti ye.



No comments:

Post a Comment