Press

Tuesday, September 26, 2017

Switzerland - Homestay di Schwendi

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Selepas turun dari Mount Rigi kami meneruskan perjalanan dengan menaiki keretapi dari Luzern Bahnhof ke station Interlaken Ost, perjalanan memakan masa 2 jam 30 minit, kemudian kami dikehendaki menukar keretapi untuk ke station Grindelwald iaitu station yang terakhir. Kami sampai di Grindelwald pada pukul 6 ptg oleh kerana kami pergi pada musim sejuk, pukul 6 pun dah macam pukul 8 di tempat kita. Kedai-kedai semua dah tutup kecuali Mall.

Masa di Luzern kami terlupa untuk membeli simcard. Pening kepala juga sebab tak boleh nak contact owner homestay tu. Kami terus ke kaunter untuk bertanya dengan petugas di situ bagaimana cara nak ke homestay yang kami sewa. Homestay ni kami sewa semasa di Malaysia lagi melalui Booking.com. Kata petugas di situ sepatutnya homestay kami lebih dekat dengan station Schwendi iaitu sebelum station Grindelwald. Alhamdulillah rezeki kami...tak lama selepas tu ada sebuah teksi baru sampai dan terus parking betul-betul depan station.

Suami terus berunding dengan pemandu teksi tersebut. Dengan harga CHF 14 kami bersetuju dan terus mengangkat beg masuk ke dalam teksi. Pemandu teksi ni memang peramah dan baik hati, saya menggunakan gelaran uncle je ye...hihi...kemudian kami serahkan alamat homestay kepada uncle. Rasa terharu sangat sebab uncle ni sanggup bersusah payah mencari homestay kami sampai jumpa. Suasana di sini memang gelap gelita dan sunyi, hanya disinari cahaya lampu jalan sahaja. Kalau lah kami turun di station Schwendi dah tentu kami tak jumpa homestay ni...di sini macam tak ada orang, mungkin suhu diluar sejuk sehingga mencecah negatif darjah dan masing-masing lebih selesa berada di dalam rumah agaknya.

Alhamdulillah dengan bantuan uncle kami berjumpa dengan owner homestay kemudian kami terus mengangkat beg-beg kami yang berat tu menaiki anak-anak tangga yang diperbuat daripada kayu ke tingkat 3. Homestay yang kami sewa terletak di tingkat atas sekali.

 Ni lah homestay yang kami sewa...comei je kan...

Malam tu selepas menyusun beg, makan dan solat...badan pun terasa penat sangat... mata pun dah nampak yang tang putih je....kami pun terlena tanpa mengetahui keadaan sekeliling yang gelap gelita tu.

Keesokan harinya kami bangun awal, seperti biasa rutin saya menyediakan sarapan pagi, sebelum kami bergerak ke Jungfraujoch...perut anak-anak kena isi dulu yer....tak sabar rasanya. Bila diluar tu dah nampak terang sikit...anak-anak sibuk nak tengok bagaimana keadaan di luar...sambil menjerit "mama mari tengok cantiknya kat luar tu".... surrounding yang sangat cantik. Macam tak percaya pun ada...Alhamdulillah dapat kami merasa stay di kawasan pergunungan yang sangat-sangat cantik.





Bersambung trip ke Jungfraujoch (top of Europe)

No comments:

Post a Comment