Mari kita sambung perjalanan ke London pulak. Sebelum ni saya book train eurostar pukul 8 pagi, jadi 2 jam sebelum tu dah kena ada di Gare du Nord. Macam biasa yer kena melalui kastam Paris dulu check passport, kemudian kena isi landing card baru boleh lepas. Sorry lupa nak ambil gambar landing card sebab en.suami yang isi, saya sibuk menguruskan anak-anak. Perjalanan dari Stesen Gare du Nord ke St. Pancras mengambil masa 3 jam. Sanggup tak tidur sebab nak tengok tempat orang. Sepanjang perjalanan kita orang disajikan pemandangan ladang-ladang yang luas dan rumah-rumah traditional dia orang kat sana.
Zara excited nak naik train...Sufi pulak kepenatan, mengantuk katanya...
Misi mencari transport untuk ke Bayswater.
Setelah sampai sahaja di St Pancras, en.suami cuba mencari teksi nak ke hotel di Bayswater. Teksi di sini terhad untuk 6 orang sahaja sedangkan kita orang ni ada 7 orang. Kat sana bukan boleh main sumbat jer...kalau kata 6 orang maka 6 orang lah. Jalan penyelesaiannya ada lah dengan menaiki Tube (keretapi). Pening juga nak fahamkan map ni...
Beginilah rupa tube map tu. Jadi sebelum bercuti ke London sila faham kan dulu map ni yer...bila dah faham ok jer...
Bayswater Station - Sumber : Google
Misi yang kedua adalah mencari hotel...kami menggunakan perkhidmatan encik google untuk mencari hotel kami...Alhamdulillah tak susah pun nak cari tak jauh pun dari Bayswater station.
Ini lah hotelnya. Lokasi yang menarik bagi saya..harga pun ok masa saya booked tu, sebelah tu rupa-rupanya Holiday Villa. Holiday Villa tu mahal so saya pilih hotel ni jer. Ok mari saya cerita sikit mengenai Bayswater ni. Sesiapa yang nak mencari hotel memang saya recommend cari lah kt Bayswater ni. Di sini senang nak cari restoran halal, kedai souvenir melambak, dekat dengan Malaysian Hall dan macam-macam lagi lah.
Tenang jer suasana di depan hotel ni...
Kedai souvenir banyak di sini
Di sini pula bus stop untuk Big bus (Hop On Hop Off)
Selama 2 hari kita orang berada di sini, kita orang menggunakan Big bus http://eng.bigbustours.com/london/home.html sebagai pengangkutan utama, hari terakhir baru kita orang berjalan dengan menaiki tube. Berpinau juga kita orang nak mencari bus stop HOHO ni, bukan main hentam yer..kena tengok betul-betul kat palang hitam seperti gambar di atas, make sure ada logo Big bus atau pun HOHO yang lain. Mula-mula tu kita orang ternampak kaunter tiket kecil Big bus ni dicelah-celah bangunan, so en.husband pun tanya kat sorang perempuan mat saleh (umur lingkungan 40an) ni kat mana bus stop Big bus. Dia tanya en.husband balik dah ada tiket ke? en.husband jawab kita orang dah beli secara online, terus dia tak nak layan sebab kita orang tak beli tiket tu dengan dia, dia suruh cari sendiri...macam ni pun ada. Tak pe lah kita orang pun menapak nak cari bus stop tu....tak jauh pun sebenarnya dari tempat tu. Kebanyakkan pelancong di sini memilih HOHO ni sebagai pengangkutan utama sebab HOHO ni akan pergi ke setiap tempat-tempat yang menarik di London ni. Lagi satu yang saya suka naik Big bus ni ada tempat kita nak letak stroller (Big bus London jer ada Big bus Paris tak ada) walaupun sebenarnya tempat tu untuk wheelchair akak hentam jer dik...
Lena Zara tidur dalam bas.
Ni la dia map untuk Big bus di London, kalau nak tengok detail boleh buka website Big bus.
Hari pertama ni kita orang ke Madame Tussauds, setengah hari juga lah kita orang kat sini. Musim sejuk ni siang pendek jadi tak banyak tempat yang sempat kita orang terjah untuk hari pertama ni. Di sebabkan tak berapa faham tentang route big bus ni kita orang tersalah ambil bas, lebih kurang 2 jam kita orang di dalam bas ni...sebenarnya kalau nak balik ke Bayswater tu tak sampai pun 2 jam. Kalau sesiapa yang nak naik Big bus ni sila baca betul2 route di dalam map tu yer, kalau tak faham sebelum naik bas tanya dulu dengan orang-orang Big bus yang ada di setiap bus stop tu.
Kat sini pun jem teruk...
Ok lah kita bersambung lagi untuk hari yang kedua di London ni yer...babai
No comments:
Post a Comment