Press

Thursday, May 28, 2015

Day 4 - London - Paris

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Entah kenapa kemalasan melanda nak mengupdate blog ni, cerita tak habis lagi. Ok jom kita sambung untuk hari yang ke 4 iaitu hari terakhir berada di London sebelum pulang ke Paris.

Seawal 8 pagi kita orang check out dan meneruskan langkah. Kali ni saya tidak menempah tiket HOHO,kita orang menggunakan tube (train) sebagai pengangkutan utama untuk hari ni.


Selamat tinggal Bayswater...hari terakhir di sini baru jumpa Malaysian Hall...
Destinasi pertama kita orang ke Buckingham palace dengan menaiki tube dari Station Bayswater menuju ke Station Victoria.

Buckingham palace merupakan tempat kediaman rasmi bagi Ratu Inggeris di London. Di Istana ini jugalah digunakan sebagai tempat bagi segala upacara kenegaraan dan juga merupakan salah satu tempat tarikan pelancong.

Tidak sah kalau dah sampai di London tidak berkunjung ke Buckingham palace. Gigih kita orang mencari tempat ni tau.




Walaupun hari hujan kita orang redah juga. Destinasi seterusnya ke Hardrock Café London yang terletak di Old Park Lane London. Kita orang berjalan kaki lebih kurang setengah jam termasuk tersalah jalan kemudian pusing balik, cabarannnn....dan akhirnya sampai juga ke Hardrock Café London.

On the way ke Hardrock Café London kita orang terserempak pulak dengan tentera berkuda ni.

View memang cantik walaupun kaki lenguh  tapi enjoy...


Dah sampai kan...kena la beli juga walau pun sikit...untuk kenang-kenangan katanya..
Destinasi seterusnya ke Tower of  London . Dari Hardrock Café London kita orang menaiki tube dari Station Hyde Park Corner menuju ke Station Tower Hill.



Dah sampai pun, singgah beli donut sekejap untuk alas perut. Di sini lah tempat wajib mengambil gambar bagi membuktikan yang kita dah menjejakkan kaki di London. Walau pun cuaca tidak begitu baik tetapi pengujung tetap ramai dan kita orang pun tetap tersengih, nanti dalam gambar tak cantik pulak kan.


Berlatar belakangkan Tower of London.

Ini adalah destinasi terakhir kita orang di London. Alhamdulillah percutian di London berjalan dengan lancar dalam suasana yang sejuk tetapi seronok. Banyak tempat-tempat attraction di sini yang tidak sempat kita orang kunjungi disebabkan percutian yang singkat tetapi ia adalah kenangan yang amat bermakna buat kita orang.  Perjalanan seterusnya.....pulang ke Paris.


Mencari platform Eurostar dari London ke Paris..
Sambil menunggu train Eurostar, en. Husband sempat membeli strawberry...anak buah pulak beli croissant untuk alas perut. Sedap strawberry tu tak masam. Anak buah kata croissant kat sini sedap. Di sini sahaja untuk kali ni nanti kan episode seterusnya di Paris ok...babai...

Thursday, May 7, 2015

Day 3 - London

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Hari ni kita sambung percutian kita orang di London. Selepas breakfast di hotel kita orang memulakan perjalanan, tempat pertama yang kita orang pergi ialah Hyde park London. Besar nya park ni, cuaca pagi ni agak cantik tak hujan, jadi gambar-gambar yang kita orang ambil pun cantik juga lah. Di sebabkan kita orang ni nak mengejar masa jadi sekejap jer kita orang berada di Hyde park ni, dapat tengok sekejap pun jadi lah...en.husband kata park ni biasa-biasa jer...di US lagi cantik...pada saya cantik dah ni...ok lah kita tinggal kan Hyde park ni sebab ada banyak tempat lagi yang nak pergi lepas ni.




Selepas bergambar sakan di Hyde park kita orang meneruskan perjalanan ke London eye pulak. Zara yang tak sabar-sabar nak naik London eye ni. Sebelum ke London eye kita orang berjalan-jalan 'window shopping' dulu, sufi tertidur di dalam bas, nak pujuk dia en.husband ajak masuk Hamleys...bukan main seronok bila nampak banyak toys di dalam kedai tu. Dari ground floor sampai lah ke 5th floor pening tak tahu nak pilih yang mana satu.


Di bawah ni serba sedikit mengenai London eye:-

The London Eye is a giant Ferris wheel on the South Bank of the River Thames in London.
The entire structure is 135 metres (443 ft) tall and the wheel has a diameter of 120 metres (394 ft). It is currently Europe's tallest Ferris wheel,and offered the highest public viewing point in London until it was superseded by the 245-metre (804 ft) observation deck on the 72nd floor of The Shard, which opened to the public on 1 February 2013. It is the most popular paid tourist attraction in the United Kingdom with over 3.5 million visitors annually, and has made many appearances in popular culture. Sumber - Wikipedia.

Sumber - Google





Cantikkan? panorama indah yang sempat saya ambil dari dalam capsule. Kita boleh lihat pemandangan di sekitar kota London ni. Oh yer London eye ni mempunyai 32 capsules seberat 10 tan dan boleh memuatkan 25 orang bagi setiap capsule. Capsule yang kita orang naik ni tak ramai, anak-anak saya emmm...tak duduk diam macam rumah sendiri dibuatnya.


Belatar belakangkan River Thames dan Big ben

Selepas naik London eye kita orang akan mengelilingi River Thames dengan menaiki River cruise. Tiket untuk naik cruise ni saya dah tempah awal sekali dengan pakej HOHO (Big bus). Cruise ni terbahagi kepada dua tingkat, untuk menikmati keindahan River Thames ni kita orang pun naik lah ke tingkat yang ke 2. Tak banyak gambar yang sempat diambil, kebanyakkan gambar semasa di atas River cruise ni saya ambil menggunakan DSLR, anak saya tersalah tekan habis semua gambar-gambar di dalam DSLR saya hilang, aduh...sayang sungguh, nasib baik banyak juga gambar yang saya ambil menggunakan handphone. Semasa kita orang naik ke atas tu hujan renyai-renyai...redah jer lah sebab tingkat bawah penuh, tingkat bawah adalah café, sejuk-sejuk macam ni sedap kan dapat minum kopi panas-panas. Kita orang jer yang seronok nak duduk atas, ye la dah biasa redah hujan kat Malaysia, bila dah lebat tak teredah, ha ambik...nak tak nak terpaksalah kita orang turun ke bawah, berhimpit-himpitlah kita orang kat bawah tu, dah macam tahu sumbat rasanya.

Sumber - Google

Bila sampai jer ke jeti...hujan semakin lebat...mana nak berteduh ni...maka kita orang pun berlari-lari anak lah dari satu bangunan ke satu bangunan mencari tempat teduh...terjumpa pulak KFC halal di sini, sedap betul baunya. Anak-anak pun dah lapar...apa lagi...kita orang pun singgah makan...dalam banyak-banyak restoran yang kita orang singgah di sini...KFC ni lah yang paling murah tak sampai pun 30 pounds, jangan convert to RM yer..hihi. Di pendekkan cerita keluar jer dari restoran KFC tadi hujan dah semakin reda, hanya renyai-renyai jer...kita orang pun meneruskan perjalanan...hari semakin gelap...di sini pukul 4 ptg dah mula gelap. Tak banyak tempat yang dapat kita orang terokai di kota London ni, waktu percutian yang singkat, bila lah nak sampai sini lagi...sedih ni...ahh sudah.

Dapat bergambar dengan basikal ni pun jadilah, sementara menunggu bas sampai.

Hari dah gelap kita orang pun naik Big bus terus pulang ke Bayswater, anak-anak pun dah penat. Semasa di dalam bas kita orang terjumpa satu family dari Malaysia..Family auntie Jah kalau tak silap saya, auntie ni dari JB bercuti bersama family ke Europe ni, ada beberapa buah negara dalam europe yang auntie ni pergi. Sembang punya sembang rupa-rupanya family auntie ni merupakan pengusaha kicap kipas udang. Di rumah saya sentiasa ada kicap ni. Seronok jumpa auntie ni ramah orangnya. Auntie ni pun stay di Bayswater juga, insya allah kalau ada rezeki kita jumpa lagi yer aunti. Berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa ni kalau ke luar negara, bila berjumpa jer orang Malaysia rasa seronok, macam jumpa saudara sendiri..hihi..Oh yer..masa mula-mula saya sampai ke station Bayswater ada seorang pelajar dari Malaysia menyapa saya..ingatkan sapa tadi. Dia Tanya saya "akak dari Malaysia ke?" saya jawab "Yer kita orang baru sampai dari Paris, adik sampai sini bila?" dia jawab "Saya student di sini kak" disebabkan en.husband dah jauh ke depan tak sempat nak bersembang lama dengan adik tu. "Oh..Ok lah dik akak jalan dulu yer" ramah kan orang kita...Ok sambung balik, sampai jer di Bayswater kita orang terus ke sourvenir shop, nak cari buah tangan sikit untuk adik beradik dan kawan-kawan, lepas tu baru balik hotel. Malam tu rasa penat sangat dan sejuk sangat cuaca kat luar tu. Tak larat rasanya nak keluar cari makan. En. husband kata tak pe dia sorang jer yang keluar beli bungkus jer...nasib baik sebelah hotel kita orang ni Holiday villa. Mahal hotel ni tak mampu akak, dapat stay kat sebelah pun jadilah, yang penting selesa kan. Di Holiday villa ni ada café yang menyediakan masakan Malaysia, boleh tahan juga masakannya, harga kalau tak silap saya 70 pound untuk kita orang bertujuh ni. Malam tu kita orang makan di dalam bilik jer. Perut pun dah kenyang, mata dah tak larat nak bukak apa lagi ZZzz..esok nak sambung jalan lagi kan.... Ok setakat ni jer yer untuk hari yang ke 3 di London ni, nanti kita sambung untuk hari yang ke 4 pulak iaitu hari terakhir di London sebelum pulang ke Paris.

Tuesday, May 5, 2015

Day 2 - Paris - London

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Mari kita sambung perjalanan ke London pulak. Sebelum ni saya book train eurostar pukul 8 pagi, jadi 2 jam sebelum tu dah kena ada di Gare du Nord. Macam biasa yer kena melalui kastam Paris dulu check passport, kemudian kena isi landing card baru boleh lepas. Sorry lupa nak ambil gambar landing card sebab en.suami yang isi, saya sibuk menguruskan anak-anak.  Perjalanan dari Stesen Gare du Nord ke St. Pancras mengambil masa 3 jam. Sanggup tak tidur sebab nak tengok tempat orang. Sepanjang perjalanan kita orang disajikan pemandangan ladang-ladang yang luas dan rumah-rumah traditional dia orang kat sana.

Zara excited nak naik train...Sufi pulak kepenatan, mengantuk katanya...


Misi mencari transport untuk ke Bayswater.

Setelah sampai sahaja di St Pancras, en.suami cuba mencari teksi nak ke hotel di Bayswater. Teksi di sini terhad untuk 6 orang sahaja sedangkan kita orang ni ada 7 orang. Kat sana bukan boleh main sumbat jer...kalau kata 6 orang maka 6 orang lah. Jalan penyelesaiannya ada lah dengan menaiki Tube (keretapi). Pening juga nak fahamkan map ni...


Beginilah rupa tube map tu. Jadi sebelum bercuti ke London sila faham kan dulu map ni yer...bila dah faham ok jer...


Bayswater Station - Sumber : Google

Misi yang kedua adalah mencari hotel...kami menggunakan perkhidmatan encik google untuk mencari hotel kami...Alhamdulillah tak susah pun nak cari tak jauh pun dari Bayswater station.


Ini lah hotelnya. Lokasi yang menarik bagi saya..harga pun ok masa saya booked tu, sebelah tu rupa-rupanya Holiday Villa. Holiday Villa tu mahal so saya pilih hotel ni jer. Ok mari saya cerita sikit mengenai Bayswater ni. Sesiapa yang nak mencari hotel memang saya recommend cari lah kt Bayswater ni. Di sini senang nak cari restoran halal, kedai souvenir melambak, dekat dengan Malaysian Hall dan macam-macam lagi lah.


 Tenang jer suasana di depan hotel ni...

Kedai souvenir banyak di sini

Di sini pula bus stop untuk Big bus (Hop On Hop Off)
Selama 2 hari kita orang berada di sini, kita orang menggunakan Big bus http://eng.bigbustours.com/london/home.html sebagai pengangkutan utama, hari terakhir baru kita orang berjalan dengan menaiki tube. Berpinau juga kita orang nak mencari bus stop HOHO ni, bukan main hentam yer..kena tengok betul-betul kat palang hitam seperti gambar di atas, make sure ada logo Big bus atau pun HOHO yang lain. Mula-mula tu kita orang ternampak kaunter tiket kecil Big bus ni dicelah-celah bangunan, so en.husband pun tanya kat sorang perempuan mat saleh (umur lingkungan 40an) ni kat mana bus stop Big bus. Dia  tanya en.husband balik dah ada tiket ke? en.husband jawab kita orang dah beli secara online, terus dia tak nak layan sebab kita orang tak beli tiket tu dengan dia, dia suruh cari sendiri...macam ni pun ada. Tak pe lah kita orang pun menapak nak cari bus stop tu....tak jauh pun sebenarnya dari tempat tu. Kebanyakkan pelancong di sini memilih HOHO ni sebagai pengangkutan utama sebab HOHO ni akan pergi ke setiap tempat-tempat yang menarik di London ni. Lagi satu yang saya suka naik Big bus ni ada tempat kita nak letak stroller (Big bus London jer ada Big bus Paris tak ada) walaupun sebenarnya tempat tu untuk wheelchair akak hentam jer dik...

 Lena Zara tidur dalam bas.
Ni la dia map untuk Big bus di London, kalau nak tengok detail boleh buka website Big bus.

Hari pertama ni kita orang ke Madame Tussauds, setengah hari juga lah kita orang kat sini. Musim sejuk ni siang pendek jadi tak banyak tempat yang sempat kita orang terjah untuk hari pertama ni. Di sebabkan tak berapa faham tentang route big bus ni kita orang tersalah ambil bas, lebih kurang 2 jam kita orang di dalam bas ni...sebenarnya kalau nak balik ke Bayswater tu tak sampai pun 2 jam. Kalau sesiapa yang nak naik Big bus ni sila baca betul2 route di dalam map tu yer, kalau tak faham sebelum naik bas tanya dulu dengan orang-orang Big bus yang ada di setiap bus stop tu.




Kat sini pun jem teruk...

Ok lah kita bersambung lagi untuk hari yang kedua di London ni yer...babai

Wednesday, January 7, 2015

Day 1 - Paris

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Mari kita sambung tentang percutian saya ke Paris dan London.

Ok bermulalah kembara saya di bumi eropah ni. Kita orang tiba di Charles De Gaulle airport lebih kurang pukul 1.30 p.m. waktu Paris. en.suami telah pun menempah transport dari Airport ke Apartment yang bakal kita orang stay untuk 7 hari 7 malam. Nasib baik en.suami dah tempah awal..kalau tak terpinga-pinga juga. Bagi sesiapa yang nak bercuti keluar negara tu, lebih lebih lagi kalau bawa anak berderet memang elok sangat lah tempah transport awal-awal bagi mengelakkan kecelaruan. Ye la tempat orang kan.





Di Paris ni boleh tahan juga jemnya. Nak cari Apartment tu satu hal jugak...pemandu tu minta alamat apartment tu so kita orang pun hulur lah alamat yang saya dah print siap-siap sebelum ni kat dia. Bahasa? hehehe..macam ayam dan itik laaa...en.suami bersungguh-sungguh sembang dengan pemandu tu dalam bahasa inggeris ingatkan dia faham, sekali dia pun jawab dalam bahasa perancis. haaa ambik kau....dia tak boleh berbahasa inggeris rupanya. Kalau macam tu baik cakap jer bahasa melayu sah sah masing masing tak faham kan...hahaha. Sebenarnya kita boleh faham sikit sikit melalui body language dia orang aka buat buat faham.


 Baru sampai..tengah menunggu empunya apartment tu datang..sebelum tu selfie dulu. 

Bila masuk jer apartment tu terus anak saya kata..."macam dalam cerita istanbul aku datang lah ma". Nasib baik apartment ni ada lift..tapi kecik jer lift nya muat lah untuk satu stroller dan orang yang nak kena pegang stroller tu. Boleh bayang kan tak betapa kecik nya lift tu. Owner apartment ni orang islam tau jumpa kita orang jer terus dia bagi salam. Dia lah yang tolong bawakan bagasi kita orang yang besar bagak dan banyak ni, tak lah terkulat kulat kita orang nak mengangkatnya..hehe tarik jer pun...tqvm



Di Paris ni saya masak sendiri...biasalah bawa anak anak ni kejap kejap lapar. Ni la keadaan dapur yang agak berselerak tu...sila abaikan semua tu yer...Dapur ni cukup peralatan memasak dan sebagainya kecuali periuk nasi. Tapi jangan lupa yer peralatan ni harus disamak dulu tau. Walaupun apartment ni milik orang islam tapi yang stay kat sini pelbagai bangsa dan agama. Saya bawa sabun tanah liat, satu malaysia saya cari call sana call sini masing-masing cakap stok dah habis...aduh macam mana ni...ok ok semangat harus kental, tinggal beberapa hari lagi nak fly..akhirnya dapat juga sabun yang di idam-idamkan itu. Bila saya tanya kedai di mana. Terus jer saudara tu cakap di Nilai..eh satu malaysia cari rupa-rupanya kat sini jer..alhamdulillah...lega rasanya.

Malam tu kita orang pusing-pusing sekitar Charles De Gaulle Etoile...nampak tak Arch de Triomphe yang tersergam indah di bawah ni, dekat jer dengan apartment kita orang, satu lagi Metro pun dekat juga..

 Gaya ala-ala model gitu...perasannnn...

 Sambil jalan-jalan terjumpa pulak butik LV

 Seronok Sufi jumpa Elsa



Bangunan ni cantik bila dilihat pada waktu malam.

LV lagi...geram jer tengok beg beg tu...


Nampak tak sikit jer tu Eiffel Tower...tunggu kita orang datang yer..

Setakat ni jer untuk hari yang pertama di Kota Paris esok subuh subuh sapiei kita orang nak berangkat ke London dengan menaiki Eurostar..yeah..

Jumpa lagi babai.....

Monday, December 22, 2014

Day 1 - KLIA - Abu Dhabi - Paris

Assalamualaikum

Jom kita sambung balik kisah percutian ke Paris & London ni.

Flight kami dari KLIA ke Abu Dhabi dijangka berlepas pada pukul 2.30 pagi. Kenapa tiba tiba ada Abu Dhabi ni yer...hehe...kita orang transit kat Abu Dhabi. Ok sambung...Perjalanan dari KLIA ke Abu Dhabi mengambil masa dalam 6 jam gitu, dengan menaiki Etihad. Tak lama pun transit cuma 2 jam jer. Sempatlah kita orang solat subuh di Abu Dhabi sebelum meneruskan perjalanan ke Paris. Dari Abu Dhabi ke Paris mengambil masa lebih kurang 7 jam. Sepanjang perjalanan pergi ni, nasib baik anak saya yang kecik tu Zara namanya, tidur jer.. kira baik lah tu kan. Mamanya boleh lah pengsan sekejap. Aduh letih tau duduk jer selama berbelas jam dalam flight. Sebelum ni perjalanan ke Gold Coast Australia pun cuma 9 jam jer hehehe...merungutlah pulak..eh takkk... cerita jer...

Excited nak pergi Paris

Dalam flight..lepas ni nak tidur..

Dah nak sampai Abu Dhabi


Selama 6 jam lebih kurang lah kita orang meredah awan, tidur...bangun...makan...dan sebagainya, apa lagi nak buat dalam flight kan, gitu lah gayanya.....Alhamdulillah kita orang pun selamat mendarat di Abu Dhabi International Airport. Sampai jer di sini buat lah apa-apa yang patut,  sebelum meneruskan perjalanan lebih kurang 7 jam ke Paris. Mak ai..lama lagi nak sampai, ok ok tarik nafas yer... Di Abu Dhabi ni saya rasa macam kat Malaysia..senang nak cari surau, toilet nya pun menggunakan paip, maka mudah lah kita nak beristinjak, ye lah negara Islam kan.

Sambung lepas ni yer...


Friday, December 19, 2014

Bercuti ke Paris & London (Persediaan)

Assalamualaikum...

Lama betul tak meng update kan blog ni...dah bersarang pun....tiba tiba keluar pulak cerita pergi Paris dan London...Ok lah...tak mau ngomel panjang pasal sarang yang bertahta di blog ku ini...jom kita start cerita tentang percutian kita orang yang melangkau jauh nun ke eropah...

Ceritanya begini..tahun lepas kita orang memang tak kemana-mana memandangkan hujung tahun lepas kita orang terpaksa berhempas pulas mengerah tenaga untuk berpindah...rumah jer pun...en. suami pun bertanya "tahun ni kita tak kemana-mana ke? kesian anak-anak". Saya pun jawab "tak sempat nak kemana pun.. tengah sibuk ni" ayat skema hahaha..sambung lagi..."tahun depan jer lah". Maka awal tahun ni kita orang pun fikir punya fikir...ada lah beberapa buah negara yang disenaraikan untuk pergi bercuti antaranya..Sydney, Melbourne, Korea atau Istanbul. Best..best..best...en.suami kata "nnti masa Matta Fair kita pergi tengok...kut kut dapat flight ticket murah". Macam biasa sampai jer bulan March saya pun mengingatkan en.suami. Dengan bersemangatnya kami pun pergi la ke PWTC. Sampai jer di sana...dah rambang mata.. punya lah banyak pekej perlancongan yang ditawarkan..Di pendekkan cerita, kita orang decided untuk pergi ke Paris jer...sebab anak-anak nak pergi Disneyland..ok lah...en.suami booked flight ticket ke Paris. Kita orang dapat harga flight ticket RM2150 return ke Paris, kira murah la tu kan.

Di pendekkan lagi cerita..bermulalah pencarian kita orang..maklum lah first time ni nak ke luar negara tanpa menggunakan mana-mana khidmat travel agency, kira main redah jer lah. Kebanyakkannya saya booked secara online, Apartment di Paris, Hotel di London, train dari Paris ke London menaiki Eurostar dan Hop On Hop Off  (London & Paris). Banyak juga lah blog yang saya baca tentang percutian Paris London ni so banyak membantu juga.

- Apartment dan hotel saya book menggunakan Booking.com 
- Train Eurostar di sini Eurostar
- Hop On Hop Off London di sini http://eng.bigbustours.com/london/home.html 
- Hop On Hop Off Paris di sini http://eng.bigbustours.com/paris/home.html.

Yang lain lain tu spt Madam Tussaud & London Eye kita orang beli jer dengan ejen Bigbus masa di London, mereka akan tanya kita so jgn risau ok.

Bermulalah pengembaraan kami....




Ni lah bekalan konon-kononnya nak di bawa ke Paris nanti. Tapi terpaksa reduce kan sbb tak muat nak masukkan ke dalam beg. Semasa di Paris saya masak jer sebab tu saya ambil Apartment... senang...bawa anak-anak ni cepat lapar. Di London kami menetap di Bayswater berdekatan dengan Malaysia Hall, di sana banyak restoran Halal senang bagi kita yang beragama islam ni.

Setakat ni dulu nanti kita sambung lagi yer...