Press

Saturday, January 1, 2011

Trip ke Cameron Highlands - Day 2 & 3

Day 2 - Plan hari yg kedua ni nak explore di sekitar Cameron Highland. Seawal 8.30 pagi kami mula bergerak dari hotel, sebelum tu perut kena isi dulu maklumlah lepas ni nak kena banyak berjalan. Kami mula bergerak ke arah utara dulu...tengok kat map tu, rose valley lah yg paling atas sekali. Hati berkobar2 nak tengok pokok ros...ye lah kat rumah tak jumpa pokok ros hehe.. ^_^ .Cuaca pagi ni mendung jer, sejuk dan agak berkabus..tapi tak per yg penting penglihatan jelas dan tak hujan..bulan december ni musim hujan, kalau hujan turun, susah juga nak bergerak lebih2 lagi bawa anak2, tapi alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Yeay...dah sampai ke Rose Valley.

Umair kenapa cium cili tu, kang berapi hidung...

Bergambar di celah2 bunga...apa nama bunga ni pun tak tahu...ok lah tu.. cepat snappp...

Bergambar di depan kedai yang terletak di dalam Rose Valley..


Aksi Sufi..pantang nampak buai...

Bunga ros pink

Ros merah

Ros putih

Yang kat belakang tu kolam ikan..ha...yang kat atas kepala, yang kaler coklat tu pulak labu...ish..ish..banyak betul labu digantung di sini..

Ros merah

Ros oren

Kura2 salah satu penyeri taman ni jugak lah, selain menjadi tarikan kepada kanak2.

Best kan kalau ada kebun bunga macam ni kat rumah..^_^

Bergambar bersama anak2

Sufi pun teruja tengok bunga ros comei ni..

Antara souvenir yang dijual didalam Rose Valley ni..

Umaira bergambar di depan kedai.

Kedai yang terdapat diluar kawasan Rose Valley

Sebelum bergerak ke destinasi yang seterusnya..apa kata kita snap gambar kenangan kat depan Rose Valley ni dulu..smileeee...

Destinasi yang seterusnya, kami ke Bee Farm. Tak nampak sangat lebah tu pun..tapi yelah nak tunjuk kat anak2 kan, macam mana rupa lebah, sebab Umair suka sangat minum madu. Bee Farm ni sebenarnya tak jauh sangat dari Rose Valley lebih kurang 5 minit dengan menaiki kereta, nak parking kereta pun senang, ada disediakan.


Tour guard sambilan..

Ini lah dia..sarang lebah...ada juga lebah yang terkeluar, tengok yang kecil2 tu..

Selepas melihat macam mana lah rupa lebah tu ek..Kami meneruskan perjalanan ke Boh Tea Plantation. Jalan masuk ke kawasan Boh Tea Plantation ni agak sempit, susah juga kalau berselisih dengan kereta yang datang dari arah bertentangan. Demi untuk melihat sendiri ladang teh Boh ni...ku redah jua...Sepanjang perjalanan terpukau juga dengan pemandangan di sini...ramai juga pelancong yang datang ke sini, sama ada dari dalam mahupun luar negara. Para Photographer pun tak ketinggalan untuk merakamkan gambar2 ladang teh yang bergunung-ganang ni, termasuklah kita orang yang tak berapa pro ni pun nak ambil gambar jugak..hehehe..^_^
Abah dan Sufi berlatar belakangkan ladang teh.


Jom kita tunjuk BOH tu ... LOL

Sejarah Cameron Highlands

Dah penat berjalan..kami pun berehat sebentar sambil minum teh..
'Pemandangan kat belakang tu cantik'

Gambar ni kami ambil sebab unik lak pokok bunga ni, dengan daunnyer seperti dianyam2..

Selepas turun dari ladang teh. Kami bergerak ke Taman Rama-Rama yang terletak tidak jauh dari BOH Plantation. Anak2 lah yang paling seronok tengok rama2 ni. Selain dari rama2 rupanya ada juga haiwan lain seperti ular dan juga pelbagai jenis serangga yang dipertontonkan di sini..


Setelah selesai pengembaraan kami ke bahagian utara dari Pekan Brincang, kami membuat keputusan untuk balik ke hotel bagi menunaikan solat, kemudian kami pun mencari tempat untuk mengisi perut, memandangkan perut kami pun dah mula nak menyanyi nih...tak susah pun nak cari makan kat sini, ada beberapa kedai makanan islam yang terdapat disekitar Pekan Brincang ni, pilih saja yang mana berkenan, pendek kata tepuk dada tanyalah selera.

Sebelah petang pulak kami meneruskan perjalanan ke Cameron Valley di bahagian selatan dari Pekan Brincang. Alang2 dah berada di Cameron Highland ni...pegi jer lah mana2 kebun teh yang ada, bila tiba di Puchong nanti dah tak jumpa pulak ladang teh kan...Cameron Valley ni tak jauh dari jalan utama, seperti di Ladang Teh Boh, disini juga terdapat restoran untuk beristirehat sambil menikmati sajian ringkas, dimana menu utamanya adalah minuman teh. Dan di sebelah restoran tu juga terdapat kedai menjual pelbagai jenis teh keluaran Cameron Valley dan juga beberapa kedai yang menjual souvenir, cuma parking tu tak banyak, disebabkan kawasan tanah rata yang terhad.

Ini lah kedai yang menjual pelbagai jenis teh samaada yang asli atau pun yang berperisa.
Ingat nak beli teh sikit untuk dibawa balik.

Masa ni kami dapat meredah kawasan ladang teh ni sekejap sahaja...lepas tu hujan turun pulak..bertempiaran lah kami mencari tempat berteduh..

Umaira di ladang teh



Pemandangan yang mengasyikkan..

Day 3 - Tiba lah masa kami untuk meninggalkan pergunungan Cameron Highlands. Cuaca pagi ni agak baik dengan pancaran matahari..sebelum balik kami kami ke Ros Centre, bukan nak tengok ros pun, cuma nak beli sayur, buah dan bunga, selepas tu kami jelajah dulu ke kedai2 dalam kawasan Pekan Brincang...kut kut lah ada lagi yang nak dibeli..

Di dalam Hotel

Umaira bergambar didepan kedai

Antara teh yang berperisa...tak beli pun..

Banyak sungguh bantal di jual kat sini....Tamat lah sudah percutian kami ke Cameron Highlands..next trip kemana ek..belum ada dalam list lagi hehe...

No comments:

Post a Comment