Press

Thursday, January 5, 2017

Day 6 & 7 - Paris

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Hari ni merupakan hari yang ke 6 kita orang di sini, hari ni plan nak pusing-pusing melihat Kota Paris yang dikatakan kota cinta tu...pagi-pagi lagi selepas jer sarapan kita orang terus bergerak dengan menaiki Big bus  ke Eiffel Tower...tempat wajib tau kalau ke Paris. Bus stop Big bus ni sebenarnya tak la jauh sangat dengan Apartment kita orang, nak sampai ke bus stop tu kita orang kena pusing mengelilingi Arc de Triomphe dulu...boleh kurus akak macam ni dik...fuhhh...nasib baik udara sejuk nyaman gitu.


Sedikit tentang Paris :-

Paris merupakan ibu Negara Perancis dan juga dikenali dengan gelaran la Ville Lumière (Bandar bercahaya). Paris adalah kawasan Bandar yang mempunyai penduduk paling tinggi di dalam Kesatuan Eropah dan metropolitan kedua terbesar di Eropah. Terletak di Sungai Seine, Bandar Paris mempunyai keluasan 105.4 kilometre persegi (40.7 batu persegi) dan mempunyai penduduk seramai 2,241.346 (2014). Paris juga merupakan pusat global bagi seni, fashion, masakan dan budaya. Eiffiel Tower merupakan mercu tanda Paris.

Tak sah kalau tak ke Eiffel tower bila dah sampai di Paris ni kan. Kita orang tak naik pun Eiffel Tower tu cuma bergambar sakan di bawah. Di sini ramai tau awang hitam menjual key chain dengan harga yang lebih murah dari yang dijual di kedai-kedai di situ. Ada lagi satu tempat menjual key chain yang murah di Paris ni, nnti saya ceritakan yer.

Eiffel Tower ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine dan merupakan bangunan yang paling menonjol di Kota Paris. Eiffel Tower juga merupakan simbol bagi negara Perancis dan menara ini merupakan monument yang paling kerap dilawati.




Aksi baling daun kuning....kek Malaysia den tak jumpo daun ni...

Destinasi seterusnya, kita orang menaiki cruise menyusuri Seine river (sungai Seine). Yang ni memang seronok...kenapa? sebab cruise dia cantik dan selesa diikuti lagu klasik yang dipasang sepanjang perjalan menyusuri sungai. Yang lagi cantik view disepanjang sungai ni...jom layan gambar dibawah...


  




Day 7 - Paris

Hari ni merupakan hari yang terakhir kita orang berada di kota Paris. Tak banyak pun aktiviti yang dilakukan pada hari ni, kita orang cuma bersiar-siar sementara menunggu waktu malam kerana flight kita orang akan berlepas pada pukul 9 malam.

Terdapat banyak gerai jualan di sini....sempat beli souvenir sikit untuk dibawa pulang.
 Souvenir di sini juga agak murah

Singgah beli macaroon...restoran ni memang famous...
kalau ke Paris tak sah kalau tak rasa macaroon di sini.

 Seronok pulak tengok aksi masing-masing bermain Ice skating.


Setakat ini sahaja perkongsian trip ke Paris dan London, apa yang boleh dikatakan tempat ni memang cantik dan menarik untuk dikunjungi. Tak tahu bila boleh sampai ke sini lagi..insha Allah kalau ada rezeki akan saya kongsikan trip ditempat lain pulak....jumpa lagi...

Nota: Dah lama tak update blog...terjumpa pula catatan terakhir di Paris ni yang masih dalam draft lagi..rasanya macam dah ok dan boleh publish...



No comments:

Post a Comment