Press

Saturday, January 7, 2017

Italy - KLIA to Rome

Assalamualaikum......
Salam sejahtera.....

Alhamdulillah dengan izinnya dapatlah kami menjejakkan kaki ke benua eropah lagi iaitu ke Italy dan Switzerland selama 15 hari. Trip kali ni lebih panjang berbanding trip ke Paris dan London 2 tahun lepas. Kami menaiki Qatar Airways dan transit lebih kurang 4 jam di Hamad International Airport (Doha). Flight kami dijadualkan berlepas pada pukul 2.05 pagi waktu Malaysia dan tiba di Fiumicino Airport (Rome) pada pukul 12.40 tgh waktu Rome. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan proses mengambil luggage juga agak cepat tak perlu menunggu lama.

Keluar sahaja dari airport ramai pengusaha teksi sudah menunggu diluar. Tak susah pun nak cari teksi di Rome ni cuma perlu bijak tawar menawar sahaja. Memandangkan kami berenam maka kami memilih menaiki MPV untuk ke Hotel yang telah kami tempah di Rome City Centre. Harga bagi sebuah MPV ialah  70 Euro untuk satu trip, mungkin harga berbeza sedikit mengikut kadar tawaran yang diberikan...pandai-pandai lah ye. Untuk ke pusat bandar terdapat 4 pengangkutan yang boleh dinaiki iaitu keretapi express, keretapi biasa, bas dan teksi.

Transit di Hamad International Airport (Doha)

Disebabkan flight kami dari KLIA - Rome dan Rome - KLIA, kami bercadang untuk meneroka kota Rome diakhir trip nanti sebelum pulang ke Malaysia. Hanya semalam sahaja kami di Rome, keesokkan harinya kami akan meneruskan perjalanan ke Florence pula. Suhu di Rome pada masa ini sekitar 19°C, agak sejuk, diwaktu malam pula suhu biasanya lebih sejuk dari waktu siang.

Setelah selesai segala urusan check in hotel, kami berehat sebentar di bilik dan cuma berjalan di sekitar hotel untuk mencari makanan halal. Kami memilih hotel Corot kerana kedudukannya yang berada tidak jauh dari Rome Termini hanya 5 minit berjalan kaki.

Alhamdulillah, di Rome ni terdapat banyak restoran  halal jadi mudah untuk mendapatkan makanan halal di sini. Suasana waktu malam di kota Rome tidak banyak berbeza dari bandar-bandar lain sentiasa sibuk, terdapat banyak peniaga-peniaga yang menjual barang-barang dan souvenir dikaki-kaki lima dengan harga yang agak murah. Pekerja-pekerja yang datang dari Bangladesh pun ramai, agak kagum juga dengan orang Bangladesh ni, mereka mudah untuk menguasai bahasa lain dengan cepat. Kami hanya mencuci mata sahaja, diakhir trip nanti baru kami cari souvenir untuk dibawa pulang.


 Nasi beriani

Pizza Margherita

Sambung perjalanan ke Florence pula...




No comments:

Post a Comment