Press

Thursday, January 12, 2017

Italy - Cinque Terre

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Trip kami pada hari ini dijangka mengambil masa satu hari. Pagi ni saya menyediakan nasi lemak sebagai alas perut kami sekeluarga sebelum berangkat ke Cinque Terre.  Apa yang menariknya di Cinqu Terre? jom kita teroka...

Cinque Terre merupakan kawasan perkampungan nelayan yang terletak di persisiran pantai Italian Riviera dan berada di dalam wilayah Liguria Itali, disebelah barat La Spezia. Cinque Terre bermaksud 'Five Land' atau lima daratan yang terdiri daripada lima perkampungan yang unik iaitu Monterosso al Mare, Vernazza, Corniglia, Manorala dan Riomaggiore. Kini Cinque Terre merupakan kawasan perlancongan yang amat popular dan diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1997.


Selepas sarapan pagi kami ke station Firenze Santa Maria Novella untuk membeli tiket ke La Spezia. Harga tiket bagi dewasa dari Florence ke Pisa 15 euro manakala dari Pisa ke La Spezia 8.40 euro seorang sehala. Sebelum naik keretapi tiket mesti validate dulu yer, mesen validate terletak ditiang-tiang platform.

Validate tiket di sini

Perjalanan dari Florence ke La Spezia lebih kurang 2 jam. Kemudian kena tukar keretapi untuk ke Cinque Terre. Kami ke Cinque Terre Information Centre yang terletak di station La Spezia untuk membeli one day ticket ke Cinque Terre yang berharga 12 Euro seorang (dewasa). Selesai sahaja pembelian tiket kami terus naik keretapi, kebetulan keretapi memang dah sedia ada di platform. Kami mengambil keputusan untuk ke kampung yang paling jauh dahulu iaitu Monterosso.

MONTEROSSO

Monterosso merupakan perkampungan yang paling hujung di dalam wilayah Cinque Terre. Kampung ini terbahagi kepada dua bahagian yang berbeza iaitu bandar lama dan bandar baru. Subhanallah cantik view di sini...kami bersiar-siar disekitar kawasan persisiran pantai...musim sejuk ni banyak bot-bot nelayan tersadai ditepi-tepi pantai. Suhu di sini kurang sikit sejuk jika dibandingkan  dengan Florence, mungkin kerana perkampungan ini terletak ditepi laut agaknya.




Dalam keretapi 







VERNAZZA

Setelah sejam lebih kami bersiar-siar di Monterosso kami menaiki keretapi untuk ke kampung yang seterusnya iaitu Vernazza. Nama Vernazza berasal dari perkataan latin yang bermaksud 'penduduk tempatan'. Untuk sampai ke tepi laut kami harus melalui lorong-lorong yang berada dicelah-celah bangunan. Setiap lorong yang kami lalui terdapat banyak kedai-kedai menjual souvenir, restoran dan sebagainya.




Selain daripada menangkap ikan penduduk di sini mengusahakan  tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan di lereng-lereng bukit. Anggur di sini segar dan rangup, rasa pun lain sikit daripada yang biasa kita makan...pendapat saya la.


Lorong di celah-celah bangunan ni nampak bersih dan merupakan laluan untuk ke pantai.


MANORALA

Selepas bersiar-siar di Vernazza kami menuju ke kampung yang seterusnya iaitu Manorala. Di sebabkan kesuntukan masa kami terpaksa skip Corniglia. Keretapi akan tiba tepat pada waktunya, jadi kena perhatikan betul-betul jadual keretapi agar tidak terlepas...nak tunggu keretapi yang seterusnya lebih kurang sejam baru sampai. Bila dah sampai sini pandai-pandailah menguruskan masa. Nak pusing satu kampung ni bagi saya satu jam dah memadai, lain lah kalau nak explore lebih tempat ni atau nak hiking, memang kena stay lama di sini.




Rumah-rumah yang berwarna-warni di tebing bukit.

RIOMAGGIORE

Riomaggiore  merupakan kampung terakhir yang kami lawati sebelum kami pulang semula ke Florence. Apa yang unik di Cinque Terre ini adalah rumah-rumah yang berwarna-warni dibina di atas tebing bukit dan di tepi laut, pemandangan di sini amat cantik dengan keindahan laut dan gunung-ganang memukau penglihatan kami...subhanallah...Selain daripada itu perahu di sini juga berwarna-warni mungkin ini adalah salah satu ciri tarikan pelancong diperkampungan ini. Kami tidak boleh lama di sini kerana perjalanan ke Florence mengambil masa lagi dua jam. Untuk ke Florence kami dikehendaki menukar keretapi di La Spezia dahulu.  




 Di gerai ini lah kami membeli anggur yang rangup tu...




LA SPEZIA

Keretapi untuk ke Florence akan sampai lagi satu jam, jadi kami menggunakan masa yang ada untuk bersiar-siar di sekitar station di bandar La Spezia ni.


La Spezia menjelang malam... 

Pokok-pokok limau di tanam di sepanjang jalan.

Di sini saya kongsikan secara ringkas perjalanan kami ke Cinque Terre.

- Beli tiket return (pergi dan balik) di Firenze Santa Maria Novella (Florence) untuk ke La Spezia.
- Di station La Spezia kami ke Cinque Terre Information Centre untuk membeli one day ticket
  untuk ke lima-lima perkampungan di Cinque Terre beserta jadual perjalanan keretapi.
- Tiket ini membolehkan kita untuk naik keretapi seberapa kerap pun dalam tempoh satu hari.


Sampai di sini sahaja trip ke Cinque Terre, bersambung cerita di Venice pula.....

Saturday, January 7, 2017

Italy - Florence

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Perjalanan dari Roma Termini (Rome) ke Firenze Santa Maria Novella (Florence) mengambil masa 1 jam lebih dengan menaiki train intercity (Trenitalia). Kami check out dari Hotel seawal 8.30 pagi, train yang kami naiki akan memulakan perjalanan pada pukul 9.20 pagi dan sampai ke Florence pada pukul 10.51 pagi. Suhu di Florence lebih sejuk daripada Rome sekitar 14°C - 5°C.

Beli simcard dulu di Roma Termini sebelum bergerak ke Florence




View sepanjang perjalanan sejuk dan berkabus


Sedikit tentang Florence:
Florence merupakan ibu kota bagi wilayah Florence dan daerah Tuscany di Itali. Bandar ini terletak di Sungai Arno. Ia juga merupakan sebuah pusat perdagangan dan kewangan zaman pertengahan Eropah dan juga dianggap sebagai tempat kelahiran Renaissance sejak abad ke 14 hingga 16. Selain daripada itu bandar ini juga dikenali sebagai bandar kebangkitan seni budaya Itali. Kebanyakkan tokoh-tokoh besar berasal dari sini seperti Giotto, Luca della Robbia, Botticelli, Verrocchio, Fra Angelico, Leornardo da Vinci dan Michelangelo. Kini Florence terus menarik minat jutaan pelancong setiap tahun dan diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1982.

Di Florence kami menyewa apartment, tak jauh pun dari train station hanya mengambil masa 10 minit berjalan kaki. Kesemua Hotel dan apartment yang kami sewa untuk trip kali ni kami memilih lokasi yang berdekatan dengan train station disebabkan train adalah pengangkutan utama sepanjang trip ni dan mudah untuk kami bergerak ke lokasi yang seterusnya. Dengan sedikit maklumat yang diperolehi dari mr. google, alhamdulillah kami sampai ke apartment yang telah kami sewa melalui website Booking.com.

Kami tidak berurusan dengan pemilik apartment ni, kami cuma berurusan dengan orang tengah sahaja. Mungkin di sini segala urusan hanya diserahkan kepada orang tengah kut..itu pendapat saya lah...sebab di Rome pun sama juga. Semasa kami sampai, apartment ni masih dalam keadaan belum dikemas lagi, jadi kami diminta untuk keluar sementara dan kembali dalam masa 2 jam lagi.


Apartment yang cukup selesa

Kami tinggal kan luggage di apartment, plan asal kami ingin ke Pisa. Perjalanan ke Pisa dari Florence mengambil masa 1 jam dengan menaiki train. Nasib tidak menyebelahi kami kerana jadual train ke Pisa dibatalkan kerana staff di situ mengadakan mogok pula pada hari itu. Kami terpaksa tukar plan dengan hanya meneroka bandar Florence sahaja. Pada musim sejuk siang agak pendek, kami bercadang untuk membeli tiket bas City Sightseeing Firenze sahaja. Tiket boleh dibeli secara online atau boleh didapati di kedai-kedai buku dan majalah sekitar bandar Florence. Kalau diikutkan banyak tempat-tempat menarik di Florence ni, disebabkan kesuntukan masa kami hanya turun di Michelangelo dan menikmati makan tengahari kami, kebab yang telah dibungkus sebelum menaiki bas.

 







Makan kebab sambil menikmati pemandangan yang indah ini...




Hari yang ketiga pula kami akan ke Cinque Terre...




Italy - KLIA to Rome

Assalamualaikum......
Salam sejahtera.....

Alhamdulillah dengan izinnya dapatlah kami menjejakkan kaki ke benua eropah lagi iaitu ke Italy dan Switzerland selama 15 hari. Trip kali ni lebih panjang berbanding trip ke Paris dan London 2 tahun lepas. Kami menaiki Qatar Airways dan transit lebih kurang 4 jam di Hamad International Airport (Doha). Flight kami dijadualkan berlepas pada pukul 2.05 pagi waktu Malaysia dan tiba di Fiumicino Airport (Rome) pada pukul 12.40 tgh waktu Rome. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan proses mengambil luggage juga agak cepat tak perlu menunggu lama.

Keluar sahaja dari airport ramai pengusaha teksi sudah menunggu diluar. Tak susah pun nak cari teksi di Rome ni cuma perlu bijak tawar menawar sahaja. Memandangkan kami berenam maka kami memilih menaiki MPV untuk ke Hotel yang telah kami tempah di Rome City Centre. Harga bagi sebuah MPV ialah  70 Euro untuk satu trip, mungkin harga berbeza sedikit mengikut kadar tawaran yang diberikan...pandai-pandai lah ye. Untuk ke pusat bandar terdapat 4 pengangkutan yang boleh dinaiki iaitu keretapi express, keretapi biasa, bas dan teksi.

Transit di Hamad International Airport (Doha)

Disebabkan flight kami dari KLIA - Rome dan Rome - KLIA, kami bercadang untuk meneroka kota Rome diakhir trip nanti sebelum pulang ke Malaysia. Hanya semalam sahaja kami di Rome, keesokkan harinya kami akan meneruskan perjalanan ke Florence pula. Suhu di Rome pada masa ini sekitar 19°C, agak sejuk, diwaktu malam pula suhu biasanya lebih sejuk dari waktu siang.

Setelah selesai segala urusan check in hotel, kami berehat sebentar di bilik dan cuma berjalan di sekitar hotel untuk mencari makanan halal. Kami memilih hotel Corot kerana kedudukannya yang berada tidak jauh dari Rome Termini hanya 5 minit berjalan kaki.

Alhamdulillah, di Rome ni terdapat banyak restoran  halal jadi mudah untuk mendapatkan makanan halal di sini. Suasana waktu malam di kota Rome tidak banyak berbeza dari bandar-bandar lain sentiasa sibuk, terdapat banyak peniaga-peniaga yang menjual barang-barang dan souvenir dikaki-kaki lima dengan harga yang agak murah. Pekerja-pekerja yang datang dari Bangladesh pun ramai, agak kagum juga dengan orang Bangladesh ni, mereka mudah untuk menguasai bahasa lain dengan cepat. Kami hanya mencuci mata sahaja, diakhir trip nanti baru kami cari souvenir untuk dibawa pulang.


 Nasi beriani

Pizza Margherita

Sambung perjalanan ke Florence pula...




Thursday, January 5, 2017

Day 6 & 7 - Paris

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Hari ni merupakan hari yang ke 6 kita orang di sini, hari ni plan nak pusing-pusing melihat Kota Paris yang dikatakan kota cinta tu...pagi-pagi lagi selepas jer sarapan kita orang terus bergerak dengan menaiki Big bus  ke Eiffel Tower...tempat wajib tau kalau ke Paris. Bus stop Big bus ni sebenarnya tak la jauh sangat dengan Apartment kita orang, nak sampai ke bus stop tu kita orang kena pusing mengelilingi Arc de Triomphe dulu...boleh kurus akak macam ni dik...fuhhh...nasib baik udara sejuk nyaman gitu.


Sedikit tentang Paris :-

Paris merupakan ibu Negara Perancis dan juga dikenali dengan gelaran la Ville Lumière (Bandar bercahaya). Paris adalah kawasan Bandar yang mempunyai penduduk paling tinggi di dalam Kesatuan Eropah dan metropolitan kedua terbesar di Eropah. Terletak di Sungai Seine, Bandar Paris mempunyai keluasan 105.4 kilometre persegi (40.7 batu persegi) dan mempunyai penduduk seramai 2,241.346 (2014). Paris juga merupakan pusat global bagi seni, fashion, masakan dan budaya. Eiffiel Tower merupakan mercu tanda Paris.

Tak sah kalau tak ke Eiffel tower bila dah sampai di Paris ni kan. Kita orang tak naik pun Eiffel Tower tu cuma bergambar sakan di bawah. Di sini ramai tau awang hitam menjual key chain dengan harga yang lebih murah dari yang dijual di kedai-kedai di situ. Ada lagi satu tempat menjual key chain yang murah di Paris ni, nnti saya ceritakan yer.

Eiffel Tower ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine dan merupakan bangunan yang paling menonjol di Kota Paris. Eiffel Tower juga merupakan simbol bagi negara Perancis dan menara ini merupakan monument yang paling kerap dilawati.




Aksi baling daun kuning....kek Malaysia den tak jumpo daun ni...

Destinasi seterusnya, kita orang menaiki cruise menyusuri Seine river (sungai Seine). Yang ni memang seronok...kenapa? sebab cruise dia cantik dan selesa diikuti lagu klasik yang dipasang sepanjang perjalan menyusuri sungai. Yang lagi cantik view disepanjang sungai ni...jom layan gambar dibawah...


  




Day 7 - Paris

Hari ni merupakan hari yang terakhir kita orang berada di kota Paris. Tak banyak pun aktiviti yang dilakukan pada hari ni, kita orang cuma bersiar-siar sementara menunggu waktu malam kerana flight kita orang akan berlepas pada pukul 9 malam.

Terdapat banyak gerai jualan di sini....sempat beli souvenir sikit untuk dibawa pulang.
 Souvenir di sini juga agak murah

Singgah beli macaroon...restoran ni memang famous...
kalau ke Paris tak sah kalau tak rasa macaroon di sini.

 Seronok pulak tengok aksi masing-masing bermain Ice skating.


Setakat ini sahaja perkongsian trip ke Paris dan London, apa yang boleh dikatakan tempat ni memang cantik dan menarik untuk dikunjungi. Tak tahu bila boleh sampai ke sini lagi..insha Allah kalau ada rezeki akan saya kongsikan trip ditempat lain pulak....jumpa lagi...

Nota: Dah lama tak update blog...terjumpa pula catatan terakhir di Paris ni yang masih dalam draft lagi..rasanya macam dah ok dan boleh publish...



Wednesday, June 10, 2015

Day 5 - Disneyland Paris dan La Vallee Village

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Jom kita sambung percutian saya di Paris. Hari ni merupakan hari yang dinanti-nantikan iaitu....kita ke Disneyland...yahoo....Dah tentulah anak-anak saya lah yang paling suka. Kita orang keluar awal pagi untuk ke Disneyland ni. Nasib baik Metro dekat dengan Apartment yang kita orang sewa tak lah jauh sangat nak menapak. Untuk ke Disneyland kita orang menaiki RER dari stesen Charles De Gaulle Etoile kemudian transit di stesen Torcy untuk tukar train ke Marne la Valle - Chessy (iaitu stesen terakhir).

Masa ni kita orang telah ditipu oleh seorang lelaki yang dikatakan staff di situ. Konon-kononnya nak menolong kami, rupa-rupanya itu semua dusta belaka, nasib baik dia tak ambil duit kalau tak... aduh...bukan murah boleh tahan juga harganya, ye la kami kan ramai. Kesian en.husband yang terpaksa bertungkus lumus kesana kemari...akhirnya lepas juga...Alhamdulillah.





Kecik jer stesen ni rupanya.
Aksi terbang....yeahhh dah sampai...

 Di Paris ni tak ada salji...kat belakang tu salji tiruan...

 Sufi minta belikan baju Elsa, punyalah mahal akhirnya dapat beli mainan jer...


 Walaupun kena beratur tapi tak lah lama sangat paling lama pun 10 minit jer. Ok lah tu kan..

 Posing wajib menandakan dah sampai Disneyland.



Rugi rasanya ke Disneyland pada musim sejuk ni, siang begitu singkat tak dapat nak explore banyak tempat, lepas ni nak ke La Vallee Village pulak. La Vallee Village ni macam factory outlet, dimana pelbagai barangan berjenama dijual di sini. Kalau nak cari handbag, kasut, baju dan macam-macam lagi boleh lah ke sini.

La Vallee Village ni tak jauh pun dari Disneyland, naik train dari stesen Marne la Valle - Chessy  ke stesen Val d'Europe. Kemudian menapak lah yer....boleh tahan juga jauhnya. La Vallee Village ni agak tersorok sikit, kena la rajin bertanya. Kita orang sampai di sini pun dah gelap, nak cari tempat lagi aduh hampir putus asa dibuatnya, kaki pun dah tak larat nak jalan nasib baik ada anak buah yang sentiasa memberi semangat. Kita orang terpaksa masuk ikut pintu masuk shopping mall untuk sampai ke pintu masuk La Vallee Village ni. Saya rasa ada pintu masuk dibahagian lain untuk sampai ke sini tapi tak sure kat mana. 





 Hari pun dah gelap...barang yang nak dicari pun dah dapat...perut pun dah lapar....jom pulang...perjalanan dari sini mengambil masa lebih kurang 1/2 jam untuk sampai ke Kota Paris.

Kita jumpa lagi yer...